Monday, January 24, 2011

Gelanggang Cikgu Din, Rawang


Cikgu Din sewaktu latihan..
Sudah hampir dua tahun saya berlatih buah pukul bersama Cikgu Din dan rakan-rakan..
DI anjung rumah beliau saya dan rakan-rakan menimba ilmu Buah Pukul..Sungguhpun perjalan saya ke rumah beliau agak jauh(50km pergi balik) tetapi untuk mendapat ilmu ke mana pun akan saya pergi..insyallah ...semoga ilmu yang disampaikan akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Kuasa..amin..







Wednesday, January 12, 2011

Majalah BELADIRI : cover PAK MAT SAMURAI


DI majalah ini Pak Mat Samurai telah dijadikan cover bagi memberi informasi mengenai Buah Pukul Mersing..Ia adalah keluaran Januari 2004.. Pada masa ini saya belum lagi mempelajari Buah Pukul Mersing...Ia adalah satu penghormatan Kepada Pak Mat Samurai sebagai pewaris Buah Pukul Mersing....Insyallah kalau umur panjang saya akan menjenguk Pak Mat pada penghujung bulan Febuari..insyallah..


wassalam..

Monday, January 10, 2011

BERTANYA KHABAR DI MERSING

Assalammualaikum..,

Pada penghujung bulan november saya bersama Cikgu din dan kawan-kawan telah mengadap Guru Utama di Mersing. Alhamdulillah kami telah selamat sampai di mersing dengan mudah dan selamat.
Ini adalah kali kedua saya melawat Pak Mat Samurai di Mersing. Kedatangan kami bukan sahaja ingin melawat Pak Mat Samurai untuk bertanya khabar..tetapi juga membuat latihan di gelanggang Pak Mat Samurai..Kami ingin memastikan bahawa setiap yang Cikgu Din ajar sama seperti yang diajar oleh Pak Mat Di gelanggang Mersing...
Pengalaman bertemu dan membuat latihan di Merisng merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..insyallah saya akan menulis mengenai pengalaman berlatih dan bertemu Pak Mat samurai di Mersing di post akan datang..

wasalam....

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU

Assalammualaikum..
Tahun Baru telah menjelma..dan setaip insan didunia ini akan cuba memastikan setiap impian dan azam disematkan didalam hati..
Bagi saya azam untuk tahun ini adalah untuk menjadikan segala kerja dibuat dengan sebaik mungkin..segala ilmu ditingkatkan dengan keRedhaan Allah dan Diberkati segala Ilmu yang disampaikan..insyallah saya akan cuba menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelum ini..

wasalam.

Followers