Wednesday, November 2, 2011

Mimpi...Faham apa yang anda pelajari



salam..

Lama rasanye tidak menulis ..latihan bermula selepas raya aidilfitri seperti biasa..

lama tak berlatih bersama Cikgu Din..

Ade satu malam tu saya bermimpi..dalam mimpi itu saya dipesan supaya memahami apa yang saya belajar...sejak dari hari itu...saya cuba memahami apa maksud yang disampaikan melalui mimpi tersebut...

Saya mengerti sekarang....jangan belajar mengingat tetapi belajar memahami....insyallah..saya akan cuba...

wassalam

Tuesday, August 23, 2011

Salam Aidilfitri



Assalammualaikum..


Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Guru, Jurukaka dan rakan-rakan sealiran Buah Pukul Mersing Gelanggang Pak Mat Samurai serta kepada muslimin dan muslimat ....


wassalam..






Thursday, July 28, 2011

Lawatan sambil belajar

salam..
Pukul 9.00 pg hari jumaat..satu lawatan khas diadakan oleh gelanggang tasik puteri menuju ke Mersing....persediaan rapi dilakukan..bawa baju,sabun mandi dan lain-lain lagi(macam nak bercuti)...pekara utama didalam diri masing-masing adalah untuk melawat Pak Mat...lama dah tak jenguk beliau dirumahnya..
Pukul 4.45 ptg..kami sampai di Mersing..alhamdulillah perjalanan lancar walaupun agak lama..
Bertemu dengan Pak Mat kali ini macam lawatan sambil belajar..banyak kisah mengenai kewujudan buah pukul mersing di mersing disampaikan oleh Pak Mat kepada kami..rasa cam tak nak balik je..tetapi kena kerja....
Terima kasih saya kepada Pak Mat Samurai yang banyak mengajar dan memberi nasihat tentang buah pukul mersing..Insyallah panjang umur murah rezeki kami akan menjenguk Pak Mat lagi...

wassalam.

ORI ke tak ORI?

salam..
persoalan yang sering timbul dalam dunia cyber mengenai buah pukul ori ke tak ori...susah nak kata siapa yang ori, siapa yang tak ori nie...zaman berubah..manusia semakin maju dan ingin mendapat ilmu dengan cara yang mudah dan cepat(zaman moden..semua nak cepat) tetapi jika zaman beralih zaman pun hanya satu jer yang takkan berubah...iaitu ADAT......
renung-renungkan dan muhasabah diri sendiri setiap insan pengamal buah pukul khasnya....

wasalam..

Tuesday, May 31, 2011

Pulang dari Berdakwah

salam..
Pada hari jumaat 27hb Mei yang lepas Cikgu Din, saya dan rakan-rakan telah pergi bertemu dengan Guru Utama Buah Pukul Mersing..Pak Mat Samurai yang baru sahaja tiba dari Sri Lanka setelah berdakawah hampir dua bulan di sana..
Janji dengan Cikgu Din berjumpa dengan Pak Mat di Masjid Taman Melati..Saya lepas maghrib telah memulakan perjalanan ke Taman Melati..Dalam perjalan ke sana, saya mengelamun sekejap dalam kereta sebab highway punyalah sesak sampai sesak nafas saya nak menempuhnya..HISH-HISH...jalan jem pulak..oh baru teringat..cuti sekolah, ramai orang balik kampung.. hmm..nak buat camner..sabor je...
Dekat 45 minit akhirnya saya sampai diperkarangan Masjid..hmm solat isyak dulu ler...lepas solat jumpa Cikgu Din dan rakan-rakan di perkarangan masjid..Cikgu Din telefon Pak Mat, nak bagitau kitaorang dah sampai..
Alamak..bukan Taman Melati...Kat WAngsa Melawati..adoiii dah salah alamat..bukan Masjid di Taman Melati tetapi Masjid Al-Mutaqqin Wangsa Melawati...Nasib saya pernah duduk kat area sini jadi cubalah cari Wangsa Melawati(walaupun ingat-ingat lupa)...
15 minit perjalan ke Wangsa Melawati akhirnya sampai juga...Pak Mat tengah rehat di dalam Masjid..Alhamdulliah..dapat jumpa Pak Mat..lama dah tak jumpa Pak Mat 6 bulan rasanya..Cam biasa Pak Mat menyambut kami dengan mesra..kami berborak dan Pak Mat juga ada mengenalkan kami dengan beberapa rakan beliau yang turut berdakwah dengan beliau sepanjang berada di Sri Lanka...
Nak dengar pengalaman beliau sewaktu berdakwah dengan lebih best lagi..saya dan rakan-rakan membawa Pak Mat untuk makan malam...
Panjang lebar kami bercerita sambil makan sup campur dan nasi ayam...
waktu hampir lewat kami terpaksa pulang...ingat nak borak lama lagi..tetapi kesiankan Pak Mat yang penat berjalan..Pak Mat akan bermalam di Masjid Al-Mutaqqin sebelum ke markas tabligh di Sri petaling ke esokkan harinya...
Cikgu Din, saya dan rakan-rakan amat gembira Pak Mat sudah tiba ke Malaysia...insyallah kami akan ke Gelanggang Mersing untuk berlatih dan bertemu Pak Mat Samurai disana..

Tuesday, May 3, 2011

TERIMA KASIH GURU-GURU

Salam...
sejak dilahirkan...pelbagai ilmu yang telah disampai dari ibubapa, pak cik dan mak cik dan guru-guru sekolah, guru mengaji al-quran dan rakan-rakan kepada saya...adakah ilmu itu digunakan dalam kehidupan saya? Secara tak langsung sebenarnya memang sedikit sebanyak ilmu itu telah menjadi "rakan baik" saya dalam mengharungi kehidupan saya di muka bumi ini..tetapi saya tahu saya jarang dapat mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa kepada saya dalam menyampaikan tentang ilmu dunia dan akhirat kepada saya..kekesalan didalam diri ini telah membuatkan saya sedar bahawa perkataan TERIMA KASIH amat susah untuk dikatakan apabila telah menerima ilmu yang diinginkan samada secara langsung atau tidak langsung...
Sekiranya tanpa guru-guru yang tidak mengenal erti penat dan lelah membimbing saya...rasanya saya mungkin bukan menjadi seperti diri saya yang sedia ada pada hari ini...
saya bertsyukur kepada Allah kerana telah menemukan saya dengan guru-guru yang banyak membimbing saya salah seorang Guru yang tidak dapat saya lupakan adalah Guru mengaji Al-Quran..TN. HJ Mansur...yang telah banyak mengajar tentang agama dan betapa pentingnya ilmu akhirat dan dunia.....saya ingat pesanan beliau kepada saya .."jangan asyik mencari ilmu dunia sampai lupa ilmu akhirat"...."jangan lupa sembahyang dan selalu mengaji'...."jangan malu pada orang tetapi malu kepada Allah".....
Guru Buah Pukul Mersing saya, Pak Mat Samurai juga mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan Tn.Hj. Mansur....mereka ini adalah insan yang banyak membantu saya dan rakan-rakan tentang ilmu dunia dan akhirat...semoga Allah dapat membalas jasa mereka...saya doakan kesejahteraan kepada mereka dunia dan akhirat..

Jurukaka saya Cikgu Din(rakan baik) pernah berkata..." jangan lupa jasa guru yang mengajar kita kerana sebelum kita pandai mengarang surat..kita perlu belajar mengenal huruf,membaca dan menulis dan pelbagai lagi daripada mereka..jadi hormati dan doakanlah kesejahteraan keatas guru-guru yang pernah membimbing dan mengajar kita selama ini"....

Ucapan TERIMA KASIH kepada guru-guru yang telah membimbing saya dan rakan-rakan selama ini dan saya doakan semoga setiap insan didunia ini yang menyampaikan ilmu kepada sesama manusia akan diberkati kehidupannya dunia dan akhirat...
wasalam

Wednesday, April 6, 2011

Pak Mat Samurai Ke Sri Lanka

Salam kepada semua.. Pada hari jumaat yang lepas Cikgu Din bersama rakan-rakan telah menghantar Pak Mat Samurai ke Airport Sepang. Pak Mat Samurai akan berangkat ke Sri Lanka selama dua bulan untuk berdakwah. Saya tidak dapat ikut bersama kerana ada ceramah di INTAN, Kuala Lumpur. Rasa sedih tak dapat hantar guru saya tetapi saya dan rakan-rakan yang tidak dapat menghantar beliau akan mendoakan kesejahteraan beliau dan berharap beliau akan selamat pergi dan kembali ke sini.Amin.. wasalam...

Monday, February 7, 2011

Family Day

Assalammualaikum..

Tahun lepas saya tak ingat bulan berapa...tapi yang pasti hujung tahun la..Syarikat dimana isteriku bekerja telah mengadakan "Family Day" di Zoo Negara..Best juga rasanya dapat meluangkan masa bersama keluarga..dah lama tak pergi Zoo sebenarnya..jadi kira sambil menyelam minum air le orang kata(orang kata,...)..harap-harap lepas nie dapat beriadah lagi bersama isteri dan anak tersayang di tempat menarik lagi...

wassalam..

Sunday, February 6, 2011

Monday, January 24, 2011

Gelanggang Cikgu Din, Rawang


Cikgu Din sewaktu latihan..
Sudah hampir dua tahun saya berlatih buah pukul bersama Cikgu Din dan rakan-rakan..
DI anjung rumah beliau saya dan rakan-rakan menimba ilmu Buah Pukul..Sungguhpun perjalan saya ke rumah beliau agak jauh(50km pergi balik) tetapi untuk mendapat ilmu ke mana pun akan saya pergi..insyallah ...semoga ilmu yang disampaikan akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Kuasa..amin..







Wednesday, January 12, 2011

Majalah BELADIRI : cover PAK MAT SAMURAI


DI majalah ini Pak Mat Samurai telah dijadikan cover bagi memberi informasi mengenai Buah Pukul Mersing..Ia adalah keluaran Januari 2004.. Pada masa ini saya belum lagi mempelajari Buah Pukul Mersing...Ia adalah satu penghormatan Kepada Pak Mat Samurai sebagai pewaris Buah Pukul Mersing....Insyallah kalau umur panjang saya akan menjenguk Pak Mat pada penghujung bulan Febuari..insyallah..


wassalam..

Monday, January 10, 2011

BERTANYA KHABAR DI MERSING

Assalammualaikum..,

Pada penghujung bulan november saya bersama Cikgu din dan kawan-kawan telah mengadap Guru Utama di Mersing. Alhamdulillah kami telah selamat sampai di mersing dengan mudah dan selamat.
Ini adalah kali kedua saya melawat Pak Mat Samurai di Mersing. Kedatangan kami bukan sahaja ingin melawat Pak Mat Samurai untuk bertanya khabar..tetapi juga membuat latihan di gelanggang Pak Mat Samurai..Kami ingin memastikan bahawa setiap yang Cikgu Din ajar sama seperti yang diajar oleh Pak Mat Di gelanggang Mersing...
Pengalaman bertemu dan membuat latihan di Merisng merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..insyallah saya akan menulis mengenai pengalaman berlatih dan bertemu Pak Mat samurai di Mersing di post akan datang..

wasalam....

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU

Assalammualaikum..
Tahun Baru telah menjelma..dan setaip insan didunia ini akan cuba memastikan setiap impian dan azam disematkan didalam hati..
Bagi saya azam untuk tahun ini adalah untuk menjadikan segala kerja dibuat dengan sebaik mungkin..segala ilmu ditingkatkan dengan keRedhaan Allah dan Diberkati segala Ilmu yang disampaikan..insyallah saya akan cuba menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelum ini..

wasalam.

Followers