Tuesday, April 29, 2014

GAMBAR TUNJUK AJAR OLEH PAK MAT SAMURAI....3 TAHUN LEPAS...


Assalammualaikum..

Tatapan gambar kenangan apabila menjenguk Pak Mat Samurai 3 tahun lepas..kami mendapat tunjuk ajar oleh Pak Mat....Sejarah yang amat berharga pada diri saya dan rakan-rakan setelah mendapat tunjuk ajar dari Pak Mat  Samurai...Alhamdulillah..

Sekian..Wassalam..

LATIHAN dan BERLATIH..

Assalammualaikum,

Tiada jalan mudah..tiada short cut...tiada kesenangan...
Itulah  kata-kata yang selalu didengar dalam menjalani latihan BPM...kata-kata itu juga digunakan oleh
semua ilmu persilatan di Malaysia kepada murid-murid yang hendak mempelajari ilmu mempertahankan diri ini.
Latihan yang diadakan seminggu sekali belum tentu dapat memastikan sesorang murid dapat memahirkan
ilmu yang dipelajari tanpa menjalankan latihan dirumah atau diluar gelanggang...

Saya pun bersetuju dengan kata-kata di atas..memang betul...no objection..it is true...latihan perlu juga diteruskan
selepas berlatih di dalam gelanggang. Latih sehingga terbit latah.....saya juga cuba mencuri setiap masa dengan melatih diri melalui pengerakan-pengerakan yang boleh saya hasilkan ...(itu pun kena pastikan tiada sesiapa yang melihat...kalau tidak orang kata..tak betul budak nie)...sambil berjalan..didalam bilik air..sebelum tidur...di mana jua tempat yang saya boleh untuk melatih diri.......

Yang penting kita bukan hendak menunjuk tetapi  kita hendak berlatih...Insyallah....kita boleh berjaya...

sekian...Wassalam.....


Followers