salam..
Pada hari jumaat 27hb Mei yang lepas Cikgu Din, saya dan rakan-rakan telah pergi bertemu dengan Guru Utama Buah Pukul Mersing..Pak Mat Samurai yang baru sahaja tiba dari Sri Lanka setelah berdakawah hampir dua bulan di sana..
Janji dengan Cikgu Din berjumpa dengan Pak Mat di Masjid Taman Melati..Saya lepas maghrib telah memulakan perjalanan ke Taman Melati..Dalam perjalan ke sana, saya mengelamun sekejap dalam kereta sebab highway punyalah sesak sampai sesak nafas saya nak menempuhnya..HISH-HISH...jalan jem pulak..oh baru teringat..cuti sekolah, ramai orang balik kampung.. hmm..nak buat camner..sabor je...
Dekat 45 minit akhirnya saya sampai diperkarangan Masjid..hmm solat isyak dulu ler...lepas solat jumpa Cikgu Din dan rakan-rakan di perkarangan masjid..Cikgu Din telefon Pak Mat, nak bagitau kitaorang dah sampai..
Alamak..bukan Taman Melati...Kat WAngsa Melawati..adoiii dah salah alamat..bukan Masjid di Taman Melati tetapi Masjid Al-Mutaqqin Wangsa Melawati...Nasib saya pernah duduk kat area sini jadi cubalah cari Wangsa Melawati(walaupun ingat-ingat lupa)...
15 minit perjalan ke Wangsa Melawati akhirnya sampai juga...Pak Mat tengah rehat di dalam Masjid..Alhamdulliah..dapat jumpa Pak Mat..lama dah tak jumpa Pak Mat 6 bulan rasanya..Cam biasa Pak Mat menyambut kami dengan mesra..kami berborak dan Pak Mat juga ada mengenalkan kami dengan beberapa rakan beliau yang turut berdakwah dengan beliau sepanjang berada di Sri Lanka...
Nak dengar pengalaman beliau sewaktu berdakwah dengan lebih best lagi..saya dan rakan-rakan membawa Pak Mat untuk makan malam...
Panjang lebar kami bercerita sambil makan sup campur dan nasi ayam...
waktu hampir lewat kami terpaksa pulang...ingat nak borak lama lagi..tetapi kesiankan Pak Mat yang penat berjalan..Pak Mat akan bermalam di Masjid Al-Mutaqqin sebelum ke markas tabligh di Sri petaling ke esokkan harinya...
Cikgu Din, saya dan rakan-rakan amat gembira Pak Mat sudah tiba ke Malaysia...insyallah kami akan ke Gelanggang Mersing untuk berlatih dan bertemu Pak Mat Samurai disana..
Tuesday, May 31, 2011
Tuesday, May 3, 2011
TERIMA KASIH GURU-GURU
Salam...
sejak dilahirkan...pelbagai ilmu yang telah disampai dari ibubapa, pak cik dan mak cik dan guru-guru sekolah, guru mengaji al-quran dan rakan-rakan kepada saya...adakah ilmu itu digunakan dalam kehidupan saya? Secara tak langsung sebenarnya memang sedikit sebanyak ilmu itu telah menjadi "rakan baik" saya dalam mengharungi kehidupan saya di muka bumi ini..tetapi saya tahu saya jarang dapat mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa kepada saya dalam menyampaikan tentang ilmu dunia dan akhirat kepada saya..kekesalan didalam diri ini telah membuatkan saya sedar bahawa perkataan TERIMA KASIH amat susah untuk dikatakan apabila telah menerima ilmu yang diinginkan samada secara langsung atau tidak langsung...
Sekiranya tanpa guru-guru yang tidak mengenal erti penat dan lelah membimbing saya...rasanya saya mungkin bukan menjadi seperti diri saya yang sedia ada pada hari ini...
saya bertsyukur kepada Allah kerana telah menemukan saya dengan guru-guru yang banyak membimbing saya salah seorang Guru yang tidak dapat saya lupakan adalah Guru mengaji Al-Quran..TN. HJ Mansur...yang telah banyak mengajar tentang agama dan betapa pentingnya ilmu akhirat dan dunia.....saya ingat pesanan beliau kepada saya .."jangan asyik mencari ilmu dunia sampai lupa ilmu akhirat"...."jangan lupa sembahyang dan selalu mengaji'...."jangan malu pada orang tetapi malu kepada Allah".....
Guru Buah Pukul Mersing saya, Pak Mat Samurai juga mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan Tn.Hj. Mansur....mereka ini adalah insan yang banyak membantu saya dan rakan-rakan tentang ilmu dunia dan akhirat...semoga Allah dapat membalas jasa mereka...saya doakan kesejahteraan kepada mereka dunia dan akhirat..
Jurukaka saya Cikgu Din(rakan baik) pernah berkata..." jangan lupa jasa guru yang mengajar kita kerana sebelum kita pandai mengarang surat..kita perlu belajar mengenal huruf,membaca dan menulis dan pelbagai lagi daripada mereka..jadi hormati dan doakanlah kesejahteraan keatas guru-guru yang pernah membimbing dan mengajar kita selama ini"....
Ucapan TERIMA KASIH kepada guru-guru yang telah membimbing saya dan rakan-rakan selama ini dan saya doakan semoga setiap insan didunia ini yang menyampaikan ilmu kepada sesama manusia akan diberkati kehidupannya dunia dan akhirat...
wasalam

Subscribe to:
Posts (Atom)