Salam...
sejak dilahirkan...pelbagai ilmu yang telah disampai dari ibubapa, pak cik dan mak cik dan guru-guru sekolah, guru mengaji al-quran dan rakan-rakan kepada saya...adakah ilmu itu digunakan dalam kehidupan saya? Secara tak langsung sebenarnya memang sedikit sebanyak ilmu itu telah menjadi "rakan baik" saya dalam mengharungi kehidupan saya di muka bumi ini..tetapi saya tahu saya jarang dapat mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa kepada saya dalam menyampaikan tentang ilmu dunia dan akhirat kepada saya..kekesalan didalam diri ini telah membuatkan saya sedar bahawa perkataan TERIMA KASIH amat susah untuk dikatakan apabila telah menerima ilmu yang diinginkan samada secara langsung atau tidak langsung...
Sekiranya tanpa guru-guru yang tidak mengenal erti penat dan lelah membimbing saya...rasanya saya mungkin bukan menjadi seperti diri saya yang sedia ada pada hari ini...
saya bertsyukur kepada Allah kerana telah menemukan saya dengan guru-guru yang banyak membimbing saya salah seorang Guru yang tidak dapat saya lupakan adalah Guru mengaji Al-Quran..TN. HJ Mansur...yang telah banyak mengajar tentang agama dan betapa pentingnya ilmu akhirat dan dunia.....saya ingat pesanan beliau kepada saya .."jangan asyik mencari ilmu dunia sampai lupa ilmu akhirat"...."jangan lupa sembahyang dan selalu mengaji'...."jangan malu pada orang tetapi malu kepada Allah".....
Guru Buah Pukul Mersing saya, Pak Mat Samurai juga mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan Tn.Hj. Mansur....mereka ini adalah insan yang banyak membantu saya dan rakan-rakan tentang ilmu dunia dan akhirat...semoga Allah dapat membalas jasa mereka...saya doakan kesejahteraan kepada mereka dunia dan akhirat..
Jurukaka saya Cikgu Din(rakan baik) pernah berkata..." jangan lupa jasa guru yang mengajar kita kerana sebelum kita pandai mengarang surat..kita perlu belajar mengenal huruf,membaca dan menulis dan pelbagai lagi daripada mereka..jadi hormati dan doakanlah kesejahteraan keatas guru-guru yang pernah membimbing dan mengajar kita selama ini"....
Ucapan TERIMA KASIH kepada guru-guru yang telah membimbing saya dan rakan-rakan selama ini dan saya doakan semoga setiap insan didunia ini yang menyampaikan ilmu kepada sesama manusia akan diberkati kehidupannya dunia dan akhirat...
wasalam
sebaik-baiknya....carilah guru yang sebenar guru didalam diri........
ReplyDeletedan pada diri kamu mengapa tidak kamu perhatikan......