Friday, August 12, 2022

 Assalammualaikum...

Lama tak menulis didalam blog ini..

Saya hanya mengamal Buah Pukul Mersing Gelanggang Mat Samurai..

Kali terkahir saya menulis adalah pada tahun 2014...

Masih belum lagi tamat pembelajaran saya ...

Masih lagi belajar dan belajar..

Semoga dapat mengali perigi hingga jumpa air..

Insya Allah..




Tuesday, April 29, 2014

GAMBAR TUNJUK AJAR OLEH PAK MAT SAMURAI....3 TAHUN LEPAS...


Assalammualaikum..

Tatapan gambar kenangan apabila menjenguk Pak Mat Samurai 3 tahun lepas..kami mendapat tunjuk ajar oleh Pak Mat....Sejarah yang amat berharga pada diri saya dan rakan-rakan setelah mendapat tunjuk ajar dari Pak Mat  Samurai...Alhamdulillah..

Sekian..Wassalam..

LATIHAN dan BERLATIH..

Assalammualaikum,

Tiada jalan mudah..tiada short cut...tiada kesenangan...
Itulah  kata-kata yang selalu didengar dalam menjalani latihan BPM...kata-kata itu juga digunakan oleh
semua ilmu persilatan di Malaysia kepada murid-murid yang hendak mempelajari ilmu mempertahankan diri ini.
Latihan yang diadakan seminggu sekali belum tentu dapat memastikan sesorang murid dapat memahirkan
ilmu yang dipelajari tanpa menjalankan latihan dirumah atau diluar gelanggang...

Saya pun bersetuju dengan kata-kata di atas..memang betul...no objection..it is true...latihan perlu juga diteruskan
selepas berlatih di dalam gelanggang. Latih sehingga terbit latah.....saya juga cuba mencuri setiap masa dengan melatih diri melalui pengerakan-pengerakan yang boleh saya hasilkan ...(itu pun kena pastikan tiada sesiapa yang melihat...kalau tidak orang kata..tak betul budak nie)...sambil berjalan..didalam bilik air..sebelum tidur...di mana jua tempat yang saya boleh untuk melatih diri.......

Yang penting kita bukan hendak menunjuk tetapi  kita hendak berlatih...Insyallah....kita boleh berjaya...

sekian...Wassalam.....


Thursday, March 6, 2014

LATIHAN GELANGGANG MAT SAMURAI DI MERSING


Assalammualaikum,...

Tetiba jer rasanya nak menulis lagi..hmmmm..mungkin tangan dah gatal dan otak dah banyak idea kot..
beberapa bulan lepas kami dari Gelanggang Rawang telah pergi ker Mersing untuk menjenguk Pak Mat Samurai...rasanya sudah lebih 11 bulan tak menjejakkkan kaki ke Mersing...
Bukan semua yang pergi pun sebab masing-masing mempunyai komitmen...kami pergi berasingan..
saya pergi bersama zuraidi(nasib baik dia ikut kalau tak sorang-sorang aku jawapnya)...bila pergi bujang nie mudah sikit...bukan ape... nak cari tempat berehat mudah sedikit..tak memilih pun ..janji boleh lelapkan mata..
Sampai di Mersing dalam pukul 4 petang...inilah kali pertama rakan sepeguruan saya menjejakan kaki ke Mersing..rasa teruja nampak di muka zuraidi..al maklumlah dah samapi ke Bumi Mersing yang terkenal dengan Buah Pukul...belajar jer Buah Pukul tapi tak pernah sampai Bumi  Mersing tak rock la....
 Kami berjumpa dengan seorang lagi rakan sepeguruan yang memang berasal di Mersing..suasana nyaman dan sejuk di Mersing pada petang itu(apalagi mengeteh la...Chaaroon)sebab tunggu Cikgu Din...selepas beberapa jam Cikgu Din pun sampai dan kami berjumpa dengan dia di sebuah rumah(homestay) yang telah di booking oleh rakan kami...
Cikgu Din ajak jumpa Pak Mat dahulu...di rumah beliau...sampai si rumah Pak Mat..kami di sambut mersa...lama rasanya tak bertandang ke rumah Pak Mat...
Tak lama pun bersama Pak Mat..sebab nak balik bilik...
kitaorang kena berlatih bersama rakan-rakan lain di gelaggang malam nie...kena buat persediaannn..
ade 2 orang rakan seperguruan dari rawang yang baru pertama kali berlatih bersama  rakan-rakan dari mersing.....semoga pengalaman berlatih bersama rakan-rakan..diperhatikan oleh Pak Mat Samurai dan Juru Kake yang lain akan menjadi kenangan dan sejarah bagi kami....

wassalam....



SALAM PERMULAAN....

Assalammualaikum..
Lama rasanya tidak menulis di alam maya nie..sibuk pun ade..malas pun ade sebenarnya. Seperti tahun yang sebelumnya, apabila awal tahun menjelma mesti saya membuat pesanan kepada diri saya untuk sentiasa mengemaskini blog ini...dan seperti kebiasaannya hari berganti hari bulan berganti bulan takder apa-ape pun yang di post kan di blog ini. Oleh itu tahun nie malas nak berjanji kalau tak boleh tepati...tetapi tunggu sahaja post yang akan datang....

Wassalam.

Wednesday, January 2, 2013

PERKEMBANGAN ALIRAN BUAH PKUL DI LEMBAH KLANG

assalammualaikum w.b.t...
Sejak berberapa tahun kebelakangan ini perkembangan aliran buah pukul mersing di lembah klang amat mengalakkan. Penglibatan Belia, Kanak-kanak dan Warga Dewasa dalam aliran buah pukul mersing kini semakin mendapat perhatian. Alhamdullillah.....semoga kita bersama mempelajari dan memmertabatkan ilmu warisan bangsa kita....aminnn.

wassalam...

SALAM UKHWAH TAHUN BARU

Assalammualaikum w.b.t ..lama rasanye tidak melontar penulisan di blog nie...
biasalah sibuk dengan tugas-tugas hakiki jadi bila nak menulis nie jadi malas sikit...apapun moga tahun baru nie mendapat kerahmatan dan keberkatan dari ALLAH...
wasalmmm

Followers