Thursday, March 6, 2014

LATIHAN GELANGGANG MAT SAMURAI DI MERSING


Assalammualaikum,...

Tetiba jer rasanya nak menulis lagi..hmmmm..mungkin tangan dah gatal dan otak dah banyak idea kot..
beberapa bulan lepas kami dari Gelanggang Rawang telah pergi ker Mersing untuk menjenguk Pak Mat Samurai...rasanya sudah lebih 11 bulan tak menjejakkkan kaki ke Mersing...
Bukan semua yang pergi pun sebab masing-masing mempunyai komitmen...kami pergi berasingan..
saya pergi bersama zuraidi(nasib baik dia ikut kalau tak sorang-sorang aku jawapnya)...bila pergi bujang nie mudah sikit...bukan ape... nak cari tempat berehat mudah sedikit..tak memilih pun ..janji boleh lelapkan mata..
Sampai di Mersing dalam pukul 4 petang...inilah kali pertama rakan sepeguruan saya menjejakan kaki ke Mersing..rasa teruja nampak di muka zuraidi..al maklumlah dah samapi ke Bumi Mersing yang terkenal dengan Buah Pukul...belajar jer Buah Pukul tapi tak pernah sampai Bumi  Mersing tak rock la....
 Kami berjumpa dengan seorang lagi rakan sepeguruan yang memang berasal di Mersing..suasana nyaman dan sejuk di Mersing pada petang itu(apalagi mengeteh la...Chaaroon)sebab tunggu Cikgu Din...selepas beberapa jam Cikgu Din pun sampai dan kami berjumpa dengan dia di sebuah rumah(homestay) yang telah di booking oleh rakan kami...
Cikgu Din ajak jumpa Pak Mat dahulu...di rumah beliau...sampai si rumah Pak Mat..kami di sambut mersa...lama rasanya tak bertandang ke rumah Pak Mat...
Tak lama pun bersama Pak Mat..sebab nak balik bilik...
kitaorang kena berlatih bersama rakan-rakan lain di gelaggang malam nie...kena buat persediaannn..
ade 2 orang rakan seperguruan dari rawang yang baru pertama kali berlatih bersama  rakan-rakan dari mersing.....semoga pengalaman berlatih bersama rakan-rakan..diperhatikan oleh Pak Mat Samurai dan Juru Kake yang lain akan menjadi kenangan dan sejarah bagi kami....

wassalam....



No comments:

Post a Comment

Followers